Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan.
Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yang sedang kita ketawakan.
Ramai di antara kita yang memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yang selama ini yang dijunjung.
Jarang benar orang bersedia untuk berpisah kasih dengan cara baik, sebagaimana mereka memulakan percintaan.
YaAllah.
Kau yang mencipta aku dan hanya kau sahaja yang memahami diri ini.
YaAllah.
Kau tenangkan lah hatiku.
Kau kuatkanlah hatiku dalam menempuh ujian yang berat ini.
sedih rasa hati ini. tapi aku mengharapkan maghfirah dariMu.
Kuatkan kesabaran aku pada saat genting ini :(
Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana adanya pahit, kita peka terhadap kemanisan.








